L.O.V.E.L.O.V.E.L.O.V.E

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Apr 10, 2009

Life after Married..

Alhamdulillah.. dah lama sangat tak post ape2 dalam blog ni..bukan ape, takde kesempatan.. kadang2 malas nak online dan mengarang..tapi malam ni lain, boring pasal hubby takde outstation so, update blog la, dah naik berabuk dah blog ku ni..

Rasanya ni post pertama since berumahtangga.. lama jugak tu, dah masuk 4 bulan berumahtangga.. banyak jugala yg nak dikongsikan untuk tempoh 4 bulan ni.. Dah 4 bulan bergelar isteri ni sangat menggembirakan, syukur sangat kerana dapat hidup bersama insan yang memang sayangkan diri ini.. in short, I am HAPPY. Harap biarlah kebahagiaan ni kekal milik kami hingga ke akhir hayat..amin.

Kat sini juga ada satu berita gembira nk dikongsikan.. Announcing!! kami bakal menimang cahaya mata pertama kami insyaallah pada bulan September nanti..I'm four months pregnant! kami pun tak sangka dikurniakan rezeki secepat ni, my mom kata tak puas enjoyla berdua, MIL plak suka je, maklumla cucu sulung dari anak sulung, n lelaki tunggal pulak tu..hehe..ape pun we are really HAPPY n EXCITED.. Alhamdulillah, sekarang ni pun kesihatan dah makin baik, dah ade selera nak makan dan larat menjalani rutin harian seperti biasa, tak macam first 3 months pregnant aritu, tuhan je yg tau..agak teruk juga morning sickness, tp my mom kata ni ok lagi berbanding masa mak pregnant dulu..ntah, rasa dah teruk sangat la tu, serba serbi tak larat, selalu tak datang keje sampai bos tanya..maklumla bos lelaki.. mmg langsung tak boleh makan nasi, lauk ke ape ke except for buah n roti, tu pun roti tak leh banyak.. so menunya adalah pagi buah, tgahari buah, malam buah.. sampai anak2 buah kt ofis kata "amboi puan linda, mesti bb comel nanti asyik makan buah je"..bukan pasal nak anak comel, dah memang tu je yang boleh diterima tekak ku ini, huhuhu.. even bau orang masak pun tak boleh, pening n loya nye rasa.. first 3 month tu mmg dok je dalam bilik ofis je n langsung tak turun makan.. time lunch je tido..kat rumah pun sama.. asyik tido je pasal dengan tido je rasa mual n nak muntah tu ilang.. bangun tido je rasa balik.. nasib la hubby sangat memahami, caring, wpun macam2 la kerenah time tu, semua dilayannya..rasa syukur sangat ada hubby jaga dengan baik, byk tolong uruskan rumah, bangun tgh2 malam bawakkan air, picitkan kepala, sapukan minyak angin, dan macam2 lagi la..tersentuh jugak hati kecil ku ini dengan kebaikan dan layanan penuh kasih syg dr hubby..walaupun kadang2 buat mcm2 perangai, tapi hubby layan jugak..lagipun time tu bukan ngada2 buat macamtu, dah memang rasa tak sihat jd nk manja2la gitu, :P syukurla hubby faham..thanks syg.. Bile hubby takde ni rasa rindu pulak, takde orang nak selimutkan tido malam ni, huwaaa!!! I miss u syg!! cpat balik ok?

Lagi satu nak share ni.. nak tau tak ape yang paling best time ngandung ni, ha..semua yang kite nak makan akan cuba ditunaikan..bile dah boleh makan ni, minta je ape yang teringin dek tekak ni, kalau tak my mom masak, for sure cepat je MIL siapkan..MIL pun baik, layan je pe menantu ngada2 dia ni nak :P tq mak, love u lah! Di samping tu, macam2 juge pesanan MIL.. maklumla orang tua2, dh byk mkn garam org kata, banyak pantang larang nya..yang mane logiktu cubala ikut, yang tak tu angguk je la..itu menunjukkan MIL concern psl menantu nye ni, same as the bb inside me..tq mak..mak msk mmg sedap, nyum nyum!

Bile dah rasa sihat ni, keje pun makin banyak kat ofis, tanggungjawab makin bertambah..bile bos takde, kenala cover semua, lead ofis tu..kena attend meeting, bagi ceramah, clearkan in tray bos yang macam kubu perang dah tu..macam2 lagi la..nasib dah recover dari morning sickness.. lagipun dah ada officer baru masuk ni, bolehla bagi sikit2 kat dia, dapat juga dia belajar..
oklah, semua orang kat umah ni pun dah tido, by the way, i'm at In Law's place.. ok, good nite semua, sweet dreams!