L.O.V.E.L.O.V.E.L.O.V.E

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Oct 4, 2008

Syawal Mulia

SSalam Syawal..

Di sini saya ingin mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat yang mengenali diri saya dan keluarga, semoga syawal kali ini lebih bererti buat kalian..

Lama sangat dah tak jenguk blog ni..maklumla kat pejabat takleh masuk blog2 ni..bile balik rumah, ditambah cuti yang agak panjang ni barulah berkesempatan nak update blog ni..

Syawal tahun ni merupakan syawal terakhir ku sebagai 'orang bujang', hehehe.. tahun depan, insyaallah dah jadi isteri.. beraya dengan dua family.. azam tahun ni nak beraya puas2 sebagai orang bujang! yeehhah!

Dengan rumah kami yang belum siap diubah suai sepenuhnya, kami sekeluarga tetap dapat menyambut hari raya, bertungkus lumus jugakla kami sekeluarga mengemas rumah, menyapu debu2 yang tak ilang2 tu, mop lantai umah berkali2 nak bagi bersih pasal kerja ubah suai tu buat rumah kami berdebu sangat2..tapi hasilnya agak memuaskan hati, rumah nampak lebih cantik dari sebelum ni..

walaupun kaklong tak dapat bersama kami dihari raya tahun ni kerana beraya bersama keluarga mentuanya di Penang, tapi ingatan kami tetap bersamanya.. maklumla family kecik, bile sorang takde terasa jugak.. insyaallah next week kaklong balik sini..

Raya Pertama, macam tahun2 lepas kami sekeluarga pergi masjid negeri untuk solat sunat aidilfitri.. Alhamdulillah, diberi kesempatan umur yang pjg, kesihatan yang baik untuk menunaikan solat sunat aidilfitri tahun ni.. sampai2 orang dah sesak sampai kami kena sembahyang kat luar..dahla tak bwk sejadah, budget dapat sembahyang kt dalam ruang solat.. so, terpaksalah guna kain buat sejadah..walaupun kurang selesa, namun ibadah kami pagi tu berjalan lancar dan mudah2an diterimaNya..

balik je dari solat, makan2 skit ketupat dan lemang wat alas perut sebelum kami bersiap untuk sessi bermaaf2an..alhamdulillah tahun ni dapat juga sedekahkan duit raya kat mak abah, wan, serta adik2.. selesai sesi bermaafan, kitaorang bergerak balik ke kuala pilah, kampung abah.. kami naik 2 kete, menjadi supir bwk adik2 sementara abah bwk mak ngn wan.. jalan ke k.pilah teruk jugak jam, naik lenguhla kaki ni pijak clutch, maklumla pakai kete manual..takpe biar lambat asal selamat.. kat k.pilah sumer ada, family pakngah, family achu..dari pilah kami g beraya umah saudara mara atok dekat2 situ, then ibt. kikir umah wan induk, pastu trus ke palong 3 gemas.. lama jugak tak sampai palong, umah wan palong dah renovate sepenuhnya.. rumah yang dulunya kayu dah jadi batu sepenuhnya.. siap aircond lagi.. memang cantik!
sempatla bagi kad kawin menjemput diaorang datang kenduri kawinku Disember ni..

sesudah itu, kami gerak balik seremban dari palong lepas maghrib jgk, sampai seremban dekat kol 10mlm.. letihnya tak terkata lah.. maklumla traffic slow giler! dahla single driver all the way dari pagi, tiada supir simpanan..malam tu tido tak sedar diri la..hihihi..letih giler u alls!

Raya kedua; bangun pagi tu rasa cam sakit kepala, ingat sakit pale biasa yang makan panadol leh ok..rupa2nya sampai nak muntah..memang teruk lah.. siap jolok tekak nak bagi muntah pasal selagi tak muntah selagi tula sakit pale tak ilang, angin kot..bila dah muntah tu barula lega.. Wht i did was minum air halia supaya angin2 dalam badan ni keluar..maklumla raya2 ni makan macam2.. n resultnya alhamdulillah beransur pulih.. arini jgk bakal suami dengan family dia dan family pakcik makcik dia nk datang serbu umah kami..fuhhh..sesak jugakla..ni baru separuh adik beradik mak Bu' yang datang..nikah nanti tak tau la macamane sure meriah sakan! Kesempatan yg ade bolehla kedua2 belah family kenal2 sebelum kami disatukan tak lama lagi..hikhikhik...Gedix!

Raya Ketiga; kami sekeluarga pula pergi beraya umah family Bu'di Dengkil dan pastu dr Dengkil trus ke Klang umah Paklong Fauzi iaitu satu2nya abang mak.. seronok sangat arini.. ' pun join kami gi umah Paklong.. gambar sekitar syawal nanti la upload.. upload sekali banyak2.. ok, babai~~