L.O.V.E.L.O.V.E.L.O.V.E

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sep 14, 2011

Come Back!!

Setelah sekian lamanye.. blog ni tak berusik langsung..since melahirkan Eirsa, since bergelar ibu.. sungguh lama..lebih dr setahun dh..hampir2 terlupa yg blog ni wujud..sehinggalah ku temukan satu blog ni (nama blog dirahsiakan).. Actually nothing different or special pada content blog ni..Tapi tuan pny blog yg membuatkan ku terpanggil untuk berblogging semula..sebab musababnye biarlah ku simpan sendiri..yg penting blog ni akan dihidupkan semula, yeay! So, buat member2 yg sudi follow blog ni, terima kasih ye~~ Insyaallah blog ni takkan sunyi lagi.. 
Tata tii tutu!!

Project
Major Blog Renovation Incl; previous posts review session, to delete, to edit or to publish. Alahai.. byknye drafts tersimpan di sini..ada yang dh xreleven lagi utk di kongsi..so just click

Sep 13, 2011

catching up!

It's been so long since my last post..rasenya last post was before bersalin,wow! lamanye tak update blog ni..byk betul yang perlu di tulis dlm blog ni..

flashback..

16 Sept 2009, 2.00 a.m
Susulan dari peristiwa kena admitted ward pasal bleeding tu, rasa mcm dh segan nak pegi hospital lagi sbb doc kata belum lagi..but then mlm 16 Sept 2009 dalam pukul 2.00 pagi, masa syok2 tido tetiba rase perut mcm sakit..sakit nye macam period pain but slightly harder and different..tapi me xsmp hati nk kejutkan hubby, maklumla bulan puasa, esok nak puasa lagi and at that time me rase sakit nye boleh handle lagi..tapi menjelang kol 4 pagi sakitnye dah macam lebih kuat..tapi still boleh lelapkan mata lagi..then bgn awal skit prepare simple sahur utk hubby, me just minum milo panas je time tu and bagitau hubby dah rase mcm sakit perut, but no blood stains at all..hubby nak je bwk g hospital trus, but then me minta tgu sampai pagi dulu, if worsen then baru g hospital..takut pegi lagi sekali doc. kata false alarm..

16 Sept 2009, 7.00a.m
hubby bawak g hospital..kat pintu klinik bersalin tu dah ada tampal ward is full. alamak, kalau betul dh time nak beranak mane ni?psl mmg me n hubby prefer nak bersalin kt hospital putrajaya..(eceh pasal first baby cm nak tempat besh la..)  Kami masuk je time tu..
nak daftar je kena tgu turn, agak ramai juga masa tu even still early in the morning, ada yang sama kes like me sakit nak deliver kot, and ade yang tengah tgu wife yang sedang bersabung nyawa melahirkan zuriat mereka di labor room..smp my turn nurse panggil, sakit perut dah makin kerap i would say once in every minutes..tp steady lagi la nak ikut procedure klinik..then pas daftar pe semua, then diminta masuk xm room..dan bermacam alat la diletak kt perut ni nak measure contraction la, baby's heart beat etc..time ni mmg dah sakit, dan mmg rase it will be the day..after that, once reading obtained, nurse pindahkan ke labor room, and another reading was taken..and time ni, Ya Allah, sakitnye dah makin kuat..few minutes later, a very young, female gynea masuk utk xmine aku..check opening, then she took a long plastic stick then she said " puan, bukaan dah 4cm, kita pecahkan air ketuban and masukkan ubat buang air, bersalin hari ni ye.." air ketuban yang keluar tu mcm air paip, panas rasenya..then trus pandang muka that gynea with a very blur look..gynea siap tny, "puan faham tak saya cakap tadi?bersalin hari ni ye.." me pun angguk je la but masih lagi rasa terkejut and seolah2 tak percaya.. (Ya Allah, smp juga masa utk pengalaman paling xternilai ni)..ni la masa yang di tunggu2 for the past 2 months..this is the time..i'm going to deliver our baby..
me pun masuk bilik air and call hubby, dengan kaki yang menggigil2, yes it's really terribly shacking! bgtau hubby nk bersalin today, and suruh dia bagitau our parents..
then bile kembali ke katil, ade nurse tny nak pakai epidural ke tak, alamak, i need my hubby to do the thinking for me! i was really blur and can't think that time..hubby masuk then we were having a short discussion..hubby dengan tak sampai hatinya agree pasal tgk me sakit sgt..
ermm..nak share skit pasal epidural ni..ade yang disagree dgn epidural tp me rasa smp hari ni blom ade effect yang tak baik lagito me..epidural liquid ni di masukkan ke bahagian tulang belakang (i'm not really sure the exact point) pakar bius akan minta kita berada dalam keadaan duduk dan sedikit membongkok dengan memeluk bantal dan jarum yang agak kasar dari biasa dicucuk ke point yang sepatutnya atas skit dr bahagian punggung..after a few minutes, dah mula rasa sakit tu kurang, mungkin pasal bius dah mula bekerja..

16 Sept 2009, 11.30 a.m
masa ni sakit dah makin kuat, tak tau nape masih rase sakit even dah ambil epidural..maybe mmg mcmni kot.. tp sakitnye beratus kali ganda dari period pain! gynea datang untuk check bukaan..dah 6cm..kesian hubby tangan dia aku genggam sampai dia sendiri kata sakit ;) tq syg pinjamkan tgn..kesian kat hubby, kena berdiri lama temankan isteri dia ni dlm labour room dari pagi tadi..dah la puasa..menjelang pukul 1.00 p.m, sakitnye dh kuat sgt..smp nak nangis dah tahan sakit..ini lah sakit bersabung nyawa untuk melahirkan zuriat..

16 Sept 2009, 1.30 p.m
Alhamdulillah..selepas je azan zohor berkumandang xlama pastu zuriat kami selamat dilahirkan ke dunia ini. Bb girl seberat 3.2kg kami namakan Eirsa Syaurah binti Mohd Shahrizan..Syukur Ya Allah..




Jan 4, 2010

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka......
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan...
jadi 'kilang ' manusia..
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..suami jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….Kata nak pahala lebih…
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandungAllah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid,
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapiAllah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjidatau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepadasuami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncungterhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah,
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariatAllah agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapakkaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampirkepada kamu(lelaki) ,
lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
(Dipetik dari Forum Ratuhati)

Jun 4, 2009

Mommy to be!



Alhamdulillah..dipanjatkan syukur pada Allah S.W.T kerana kurniakan kesihatan yang baik sehingga bulan ke-6 pregnancy ku ni..me dan bb alhamdulillah sihat..even masa bulan ke-5 HB ku terlalu rendah , blood pressure pun rendah..but results from amalan pemakanan yang betulseperti yang dinasihatkan , dapat juge stabilkan balik HB dan blood pressure.. And sekarang bb semakin aktif, moving, kicking..sampaikan masa tido pun bb dok main2 dalam perut..Really, pengalaman yang sangat indah, pengalaman pertama dalam hidup bile rasa something moving n living dalam rahim ni.. hubby pun teruja dengan perkembangan bb dia..yang
paling best bile dia tendang agak kuat, nampak perut tu bergerak..aktif sungguh bb kami ni..mudah2an bb sihat sentiasa..Luv u so much my little sweetheart!


Gender? tak tau lagi.. pasal last kami scan kat klinik bb dalam
posisi menyuj
ud so doktor tak dpt nak tengok..takpe, tak kisahla bb boy ke bb girl, yang penting sihat, cukup sifatnya dan sempurna akal fikirannya..kalau boleh memang nakbb girl yang first ni, bak kata hubby nanti ada assistant tlg ibu kat dapur..


Persiapan. Hampir lengkap..agak awal kami lengkapkan barang2 bb, even sesetengah org kata xberapa elok cepat sangat buat persiapan bb..tapi hubby nak beli so beli je lah..tangguh2 pun takut tak sempat..most of it yg kami beli unisex pny bb girl or boy boleh guna..tak beli kaler
pink, n not boyishnye kaler likenavy blue tu.. cuma skang barang2 during my confinement je, confinement set (jamu, bengkung, ntah ape2 lagi tu), breast pump etc..me mungkin nak gunakan khidmat tukang urut yang sama untuk persiapan kawin dulu, Etica Spa @ Seremban..cuma blom sempat pegi jumpa Kak Intan tu je lagi.. kaklong pun guna tukang urut yang sama, mmg bagus la K. Intan ni..Indonesian.. Jamu2 semua ramuan dr seberang..Best! Confinement set plak agak pening psl tak tau nak guna brand ape..kalau boleh taknak guna Ammy 60 Days Sendayu Tinggi tu pasal kaklong dah guna dan kata tak bagus pasal nanti bb kena jaundice..macam nak try Nona Roguy or Leesa Formula..mana lagi baik ek..badan nak kena kuruskan balik ni..penting tu! ni la misi aku lepas bersalin nanti..hehe..

Mudah2an me dan bb sihat dan selamat sehinggake hari melahirkan.. Hari2 berdoa biarlah anak ni jadi anak yang baik dari segala segi..tak nakal camibu dan abah dia ni, hikhikhik.. dulu2.. walaupun rasa takot memikirkan sakit bersalin yang bakal dilalui nanti, tapi rasa teruja pun tak kurang juga..nak menatap wajah bb kesayangan yang selama ini mendiami rahimku ini.. bb ni adalah hadiah paling ternilai akan ku hadiahkan untuk hubby tercinta..semoga hubby dapat jaga kami berdua dengan baik dan penuh kasih sayang..Insyaallah..

Apr 10, 2009

Besday Mak ke 49!! (28 March 2009)

HAPPY BIRTHDAY MAK!!! Kami sambut besday mak di KFC je..dah 49 tahun dah mak..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki mak..I Love U!!

Time ni muka nampak sembab je..maklumla expecting mommy..hehehe.. Makan pun selera je since bulan ke-4 pregnancy..Hubby la seronok pasal mcm2 yg dia dapat makan bile isterinya yg makin membulat ni ngidam makan best2..TQ syg temankan B' makan xlupa juga melayan kerenah yang pelik2 sepanjang pregnancy ni..

Life after Married..

Alhamdulillah.. dah lama sangat tak post ape2 dalam blog ni..bukan ape, takde kesempatan.. kadang2 malas nak online dan mengarang..tapi malam ni lain, boring pasal hubby takde outstation so, update blog la, dah naik berabuk dah blog ku ni..

Rasanya ni post pertama since berumahtangga.. lama jugak tu, dah masuk 4 bulan berumahtangga.. banyak jugala yg nak dikongsikan untuk tempoh 4 bulan ni.. Dah 4 bulan bergelar isteri ni sangat menggembirakan, syukur sangat kerana dapat hidup bersama insan yang memang sayangkan diri ini.. in short, I am HAPPY. Harap biarlah kebahagiaan ni kekal milik kami hingga ke akhir hayat..amin.

Kat sini juga ada satu berita gembira nk dikongsikan.. Announcing!! kami bakal menimang cahaya mata pertama kami insyaallah pada bulan September nanti..I'm four months pregnant! kami pun tak sangka dikurniakan rezeki secepat ni, my mom kata tak puas enjoyla berdua, MIL plak suka je, maklumla cucu sulung dari anak sulung, n lelaki tunggal pulak tu..hehe..ape pun we are really HAPPY n EXCITED.. Alhamdulillah, sekarang ni pun kesihatan dah makin baik, dah ade selera nak makan dan larat menjalani rutin harian seperti biasa, tak macam first 3 months pregnant aritu, tuhan je yg tau..agak teruk juga morning sickness, tp my mom kata ni ok lagi berbanding masa mak pregnant dulu..ntah, rasa dah teruk sangat la tu, serba serbi tak larat, selalu tak datang keje sampai bos tanya..maklumla bos lelaki.. mmg langsung tak boleh makan nasi, lauk ke ape ke except for buah n roti, tu pun roti tak leh banyak.. so menunya adalah pagi buah, tgahari buah, malam buah.. sampai anak2 buah kt ofis kata "amboi puan linda, mesti bb comel nanti asyik makan buah je"..bukan pasal nak anak comel, dah memang tu je yang boleh diterima tekak ku ini, huhuhu.. even bau orang masak pun tak boleh, pening n loya nye rasa.. first 3 month tu mmg dok je dalam bilik ofis je n langsung tak turun makan.. time lunch je tido..kat rumah pun sama.. asyik tido je pasal dengan tido je rasa mual n nak muntah tu ilang.. bangun tido je rasa balik.. nasib la hubby sangat memahami, caring, wpun macam2 la kerenah time tu, semua dilayannya..rasa syukur sangat ada hubby jaga dengan baik, byk tolong uruskan rumah, bangun tgh2 malam bawakkan air, picitkan kepala, sapukan minyak angin, dan macam2 lagi la..tersentuh jugak hati kecil ku ini dengan kebaikan dan layanan penuh kasih syg dr hubby..walaupun kadang2 buat mcm2 perangai, tapi hubby layan jugak..lagipun time tu bukan ngada2 buat macamtu, dah memang rasa tak sihat jd nk manja2la gitu, :P syukurla hubby faham..thanks syg.. Bile hubby takde ni rasa rindu pulak, takde orang nak selimutkan tido malam ni, huwaaa!!! I miss u syg!! cpat balik ok?

Lagi satu nak share ni.. nak tau tak ape yang paling best time ngandung ni, ha..semua yang kite nak makan akan cuba ditunaikan..bile dah boleh makan ni, minta je ape yang teringin dek tekak ni, kalau tak my mom masak, for sure cepat je MIL siapkan..MIL pun baik, layan je pe menantu ngada2 dia ni nak :P tq mak, love u lah! Di samping tu, macam2 juge pesanan MIL.. maklumla orang tua2, dh byk mkn garam org kata, banyak pantang larang nya..yang mane logiktu cubala ikut, yang tak tu angguk je la..itu menunjukkan MIL concern psl menantu nye ni, same as the bb inside me..tq mak..mak msk mmg sedap, nyum nyum!

Bile dah rasa sihat ni, keje pun makin banyak kat ofis, tanggungjawab makin bertambah..bile bos takde, kenala cover semua, lead ofis tu..kena attend meeting, bagi ceramah, clearkan in tray bos yang macam kubu perang dah tu..macam2 lagi la..nasib dah recover dari morning sickness.. lagipun dah ada officer baru masuk ni, bolehla bagi sikit2 kat dia, dapat juga dia belajar..
oklah, semua orang kat umah ni pun dah tido, by the way, i'm at In Law's place.. ok, good nite semua, sweet dreams!

Oct 4, 2008

Syawal Mulia

SSalam Syawal..

Di sini saya ingin mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat yang mengenali diri saya dan keluarga, semoga syawal kali ini lebih bererti buat kalian..

Lama sangat dah tak jenguk blog ni..maklumla kat pejabat takleh masuk blog2 ni..bile balik rumah, ditambah cuti yang agak panjang ni barulah berkesempatan nak update blog ni..

Syawal tahun ni merupakan syawal terakhir ku sebagai 'orang bujang', hehehe.. tahun depan, insyaallah dah jadi isteri.. beraya dengan dua family.. azam tahun ni nak beraya puas2 sebagai orang bujang! yeehhah!

Dengan rumah kami yang belum siap diubah suai sepenuhnya, kami sekeluarga tetap dapat menyambut hari raya, bertungkus lumus jugakla kami sekeluarga mengemas rumah, menyapu debu2 yang tak ilang2 tu, mop lantai umah berkali2 nak bagi bersih pasal kerja ubah suai tu buat rumah kami berdebu sangat2..tapi hasilnya agak memuaskan hati, rumah nampak lebih cantik dari sebelum ni..

walaupun kaklong tak dapat bersama kami dihari raya tahun ni kerana beraya bersama keluarga mentuanya di Penang, tapi ingatan kami tetap bersamanya.. maklumla family kecik, bile sorang takde terasa jugak.. insyaallah next week kaklong balik sini..

Raya Pertama, macam tahun2 lepas kami sekeluarga pergi masjid negeri untuk solat sunat aidilfitri.. Alhamdulillah, diberi kesempatan umur yang pjg, kesihatan yang baik untuk menunaikan solat sunat aidilfitri tahun ni.. sampai2 orang dah sesak sampai kami kena sembahyang kat luar..dahla tak bwk sejadah, budget dapat sembahyang kt dalam ruang solat.. so, terpaksalah guna kain buat sejadah..walaupun kurang selesa, namun ibadah kami pagi tu berjalan lancar dan mudah2an diterimaNya..

balik je dari solat, makan2 skit ketupat dan lemang wat alas perut sebelum kami bersiap untuk sessi bermaaf2an..alhamdulillah tahun ni dapat juga sedekahkan duit raya kat mak abah, wan, serta adik2.. selesai sesi bermaafan, kitaorang bergerak balik ke kuala pilah, kampung abah.. kami naik 2 kete, menjadi supir bwk adik2 sementara abah bwk mak ngn wan.. jalan ke k.pilah teruk jugak jam, naik lenguhla kaki ni pijak clutch, maklumla pakai kete manual..takpe biar lambat asal selamat.. kat k.pilah sumer ada, family pakngah, family achu..dari pilah kami g beraya umah saudara mara atok dekat2 situ, then ibt. kikir umah wan induk, pastu trus ke palong 3 gemas.. lama jugak tak sampai palong, umah wan palong dah renovate sepenuhnya.. rumah yang dulunya kayu dah jadi batu sepenuhnya.. siap aircond lagi.. memang cantik!
sempatla bagi kad kawin menjemput diaorang datang kenduri kawinku Disember ni..

sesudah itu, kami gerak balik seremban dari palong lepas maghrib jgk, sampai seremban dekat kol 10mlm.. letihnya tak terkata lah.. maklumla traffic slow giler! dahla single driver all the way dari pagi, tiada supir simpanan..malam tu tido tak sedar diri la..hihihi..letih giler u alls!

Raya kedua; bangun pagi tu rasa cam sakit kepala, ingat sakit pale biasa yang makan panadol leh ok..rupa2nya sampai nak muntah..memang teruk lah.. siap jolok tekak nak bagi muntah pasal selagi tak muntah selagi tula sakit pale tak ilang, angin kot..bila dah muntah tu barula lega.. Wht i did was minum air halia supaya angin2 dalam badan ni keluar..maklumla raya2 ni makan macam2.. n resultnya alhamdulillah beransur pulih.. arini jgk bakal suami dengan family dia dan family pakcik makcik dia nk datang serbu umah kami..fuhhh..sesak jugakla..ni baru separuh adik beradik mak Bu' yang datang..nikah nanti tak tau la macamane sure meriah sakan! Kesempatan yg ade bolehla kedua2 belah family kenal2 sebelum kami disatukan tak lama lagi..hikhikhik...Gedix!

Raya Ketiga; kami sekeluarga pula pergi beraya umah family Bu'di Dengkil dan pastu dr Dengkil trus ke Klang umah Paklong Fauzi iaitu satu2nya abang mak.. seronok sangat arini.. ' pun join kami gi umah Paklong.. gambar sekitar syawal nanti la upload.. upload sekali banyak2.. ok, babai~~

S.Y.M.P

Saya kini berkhidmat untuk Kerajaan Malaysia, hahaha..dulu tak pernah terpikir nak keje kerajaan ni..tapi dengan keadaan sekarang ni, ada baiknya join government..ada orang lebih puas keje swasta, ada yang sebaliknya..tepuk dada tanya selera..As for me, dua2 pun dah rase, in terms of work challenge, memang private lebih mencabar and its good for those yang sukakan cabaran.. kat government pun ada cabarannya, tapi tak sehebat private.. What i'm trying to say is, keje kerajaan ni lebih chill kot.. Now ni, keje takleh nak comment banyak sangat coz belum dibebankan dengan keje yang sebenarnya lagi..tapi kadang2 cam boring gak, ari2 kene pakai baju kebangsaan kita, dlm erti kata lain baju kurung atau kebaya shj ke tempat kerja..yang lebih boring bila ari khamis, nak kena pakai batik..jenuh gakla nak menggosok nite before tu.. tapi alhamdulillah syukur, bila masa ramai muda mudi kat luar sana masih berhempas pulas nak masuk public sector, me dah pun selamat berada dalam perkhidmatan ni.. apatah lagi memegang jawatan yang baik dlm kerajaan..mudah2an tuhan permudahkan serta memberkati rezeki ini.. Amin..

Jul 23, 2008

Farewell Lunch Treat @ Pizza Hut - 23rd July 2008


Bunch of thanks to Kak Suliza, Kak Salnah, Afzan, Mawar and her mom for the simple yet sweet farewell lunch.. We had a great time there! I'm sure gonna miss you guys!










Jun 15, 2008

Interview- PTD- 20 Jun'08- Jln Cendrasari, KL

Exam dah pegi, PTD Assessment Centre pun dah pegi, sekarang cuma menunggu tarikh 20 Jun'08 untuk interview..

Aku nak jadi PTD ke? actually aku pun tak sure kecenderungan aku ke arah mane..tapi yang aku pasti kerjaya sebagai PTD ni pasti mencabar..lagi2 untuk aku yang bergelar wanita..yang bakal menjadi isteri dan ibu kepada suami dan anak2 ku kelak..tapi belum tau dapat ke tak l;agi...hehehe..interview 4 ari lagi dari time post ni ditulis..

Memang kecut perut nak gi interview ni, bukan pasal aku tak penah g intrvw, dah banyak kali dah, tapi untuk post elite seperti PTD ni, yang mane panel2 intrvwer nya terdiri dari dato datin dari SPA buat ake seram sejuk membayangkan sessi tu nanti..sampai saat ni, tak abis lagi nota2 yang perlu dibaca..resume pun belum finalize lagi..document pun aku blom wat copy dan susun, gambar pun tak cuci lagi..aku betul2 nak post ni tapi kenapa malas sangat nihhh!!!!??? entahla..tapi takpe, isnin ni aku akan start prepare sumer tu..aku cuma ada 3 hari di pejabat next week, khamis aku dah pegi appoinment doctor kat hospital putrajaya..Jumaat dah interview..so i have 3 days to prepare everything.. aku takla takut sangat tapi disebabkan kata pengambilan tahun ni jauh lebih skit dari previous year tu yang buat aku risau, i want this job badly..ni bukan pasal minat aku, tapi aku betul2 nakkan jwatan ni supaya kehidupan aku lepas kawin nanti lebih manjanjikan..sedikit sebanyak hidup kami lebih baik..kawan2 lain rata dah terbang kesana kesini, aku tak pernah merasa travel abroad..aku nak dapat peluang tu semua..

tapi tujuan utama aku ialah nak jadi better me..hidup sekali n aku taknak sia2kan idup aku..mungkin perjalanan aku bengkang bengkok, start dari zaman sekolah lagi, aku la yang mempunyai prestasi paling teruk among siblings..tapi aku yakin tuhan tu kaya..ada bahagian aku cuma jalan nya payah sikit..ada baiknya aku diberi peluang olehNya melaui jalan2 tu sekurang2nya aku mampu jadi diriku yang lebih kuat dalamannya..mungkin masa sekolah aklu tak mampu nak buat mak abah bangga dengan aku.. mungkin inilah peluang yang tuhan bagi kali ni..insyaallah..untuk semua insan yang kusayang, walaupun kadag2 aku ni agak keras, tapi pe yang ku lakukan, pe yang ku usahakan kala ini sebahagian besarnya adalah untuk kalian..mudah2an usaha ku ini di restuiNya.. Berjaya atau tak interview ni nati, usha ku tetap akan diteruskan, mungkin jalannya akan lebih jauh.. Aku redha..